Thursday 30 October 2014



Penyataan masalah
Dalam penghasilan projek ini, terdapat permasalahan yang mendorong kepada kajian mengenai projek ini dibuat. Permasalahan yang telah dikenalpasti dapat dijadikan sumber rujukan untuk memastikan projek ini mencapai objektif dan matlamat yang disasarkan :
1.       Mempunyai berat yang membebankan
2.       Banyak menggunakan tenaga manusia
3.       Berkemungkinan terkena racun pada badan
4.       Memerlukan masa yang panjang untuk menyembur racun di sesuatu kawasan

Daripada permasalahan ini, tercetuslah idea kami untuk mencipta suatu mesin penyembur racun yang mudah didapati dan mudah dikendalikan malah iainya juga mempercepatkan lagi proses peyemburan racun di sesuatu kawasan
Berat Yang Membebankan
Keistimewaan alat ini  ialah rekabentuk yang menarik dan sesuai diletakkan dirumah atau stor simpanan kerana saiz yang sederhana ianya juga sesuai kepada pekebun kecil-kecilan. Mesin penyembur racun  ini juga tidak mengambil masa yang terlalu lama tetapi hasil semburan nya boleh didapati dengan sempurna. Dengan ini, alat penyembur racun  ini dapat membantu pengguna menggunakan alat tersebut dengan cepat, mudah dan selesa.


                


























Pengenalan Kepada Mesin Penyembur Racun


Pengenalan 
Malaysia sebuah negara yang sedang membangun dengan teknologi-teknologi ciptaan baru.Oleh itu, penghasilan teknologi baru tempatan sangat penting kerana negara tidak boleh terlalu bergantung kepada teknologi negara luar. Wawasan 2020 adalah untuk mencapai era  pembangunan negara dan masyrakat yang memerlukan keseimbangan pembangunan rohani dan jasmani.  Antara lain dalam wawasan 2020  negara ingin mewujudkan masyarakat saintifik dan maju penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi.
Pam penyembur racun merupakan satu alatan pertanian yang digunakan secara meluas dalam sektor pertanian. Pam penyembur racun merupakan alat yang digunakan untuk menyemburkan larutan daripada dalam tong tangki kepada sasaran seperti rumput, lalang, melalui nozel yang bertekanan tinggi.
Pam penyembur racun ini terdiri daripada jenis manual dan bermotor.Jenis manual adalah alat yang mengunakan tenaga manusia untuk mengepam menggunakan tangan.Jenis bermotor adalah alat yang di pasang dengan jentera pengepam yang mampu mengepam secara mekanikal seperti pam air. Lazimnya petani menggunakan pam air kerana murah mudah diselenggara, ringan, kecekapan yang tinggi dan lain lain. Pam penyembur racun jenis bermotor hanya digunakan untuk ladang yang luas, menjimatkan kos buruh dan dapat menjimatkan masa.